Click Click

Saturday, November 22, 2014

Konsert akhir tahun Majlis Konvokesyen Tadika Bayu Mewah

Alhamdulillah.
I am a proud mama.
hihi.
Walaupun anak i cuma terlibat dengan persembahan, bukan convo pun, kihkihkih

Semalam baru je dia berumur genap 4 tahun.
And bila petang tadi tengok dia beraksi on stage, sebak okayyyy.
Hahaha

Bertempat di Grand Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Lepas bacaan doa, ucapan daripada puan pengetua, yg kami panggil Ibu Ziah
Syahdu betul masa doa pembuka majlis tu, siap ada doa supaya anak2 ni terus membesar menjadi manusia yg berguna, soleh solehah, berjaya dunia akhirat,bertakung air mata i mengaminkan doa, huhu

Persembahan start dengan ucapan alu aluan daripada anak2 kelas 6 tahun, in 3 language okay. 3. Bahasa melayu, english and mandarin, kagum mak sekejap tau.


Nyanyi lagu Negaraku and lagu Jalur Gemilang.
Then kelas darjah 6. Perform Nasyid.
Nama kumpulan nasyid Al Juwairiyah, macam biasa dengar je kan, rupanya nama ustazah, hihi ustazah depa nama Juwairiyah, haha.

Kelas 6 zuhal

Gabungan 6 Zuhal and 5 Zuhrah nyanyi lagu lagu mandarin.

1st persembahan kelas 4 Marikh ngn 4 Earth, tp irfan takde dlm group ni.
Persembahan kelas 4 marikh ni kelakar, hihi.
Nak tulis ni pun aku dah geli hati dah bila teringat. Budak2 ni kan baru 4 tahun, so diorang idak la nyanyi lagu aii aii twist ni, yg girls cuma goyang2 bahu and satu2 lirik yg depa nyanyi ialah 'aiaiaiai' hahaha,and the boys pulak acting like they are performing as a bandboy, dengan sexaphone, gitar spect hitam siap, hahaha, memang comel tahap gaban cara diorang bersungguh sungguh perform.

Stress, takleh nak upload vidiyo, huhuhu

Hah, finally keluar pun anak teruna den. Lagu belon. hihi
Ni pulak lagu mata saya. hihi
Macam macam aksi tau. Geram je, haha
Semangat dia nyanyi lagu ni sampai buat action tu sungguh. Kat rumah tak pernah dengar pun dia nyanyi, suruh nyanyi pun takmau.

Sambil sambil tu ada jamuan makan, food sedap. Ke memang tgh lapar tah. semua pun sedap kan.

Adik? Maryam Hannah? Ada. hihi





Mula mula sampai dia jaga, tp mengantuk, jenuh jugak la nak pujuk tido.
Masuk dlm boba, goyang2 sikit, zikir kat telinga, terus lena.
Carier mama bli semua ada sleepy dust, hihi.

Elok tgh bergelak ketawa tgk performance, adik terjaga.
hihi.
Adik pun excited tgk abang kakak on stage.
Makan takyah cakap la, apa mama makan dia makan.
Bak kata lirik lagu abang nyanyi, "mulut saya satu, tidak henti makan" Hahahaha.


Last performance by 4 years old kids, baby elephant walk dance, serius comel.

Apa yg mengagumkan aku is, irfan ahmad sangat la enjoy perform on stage. Aku ngn jemil sebenarnya risau jugak takut takut if dia nampak kami kt bawah tu tgk dia, kot kot dia malu and taknk perform kannn. Tp ternyata apa yg kami fikir tu adalah sebaliknya. Meja kitorang dah la depan stage, irfan dengan kawan2 dia relax je lambai2 mak ayah, siap cakap "eh tu mama kita" lepas tu siap cakap "hi mama", hihi
And lebih ajaibnya, dia tak malu2 pun menyanyi menari on stage, he realy having fun performing in front of ramai orang, macam2 kelaku dia atas pentas tu. 
Besar besar ni buat aksi apa pun masih nampak comel :P

Dah habis semua persembahan, ada upacara penyampaian hadiah. Untuk yg dapat 3rd to 1st place special la sikit hadiahnya.

As usual kami ni jenis makayah yg takut nak letak harapan tinggi tinggi kat anak. I mean, kami taknk stresskan irfan, and most of all taknk stress2 kan diri kami sendiri compare keputusan exam dia ngan keputusan anak orang lain.
Ye la, irfan baru 4 tahun, semalam baru 4 tahun, hakikatnya dia terpaksa pegi sekolah at 3 years and 2 months of his age. Kecik lagi kan. Tapi kitorang tau, early education yg sekolah ni tawarkan pun bukan lah formal sgt, idak le ada homework bagai, cuma mungkin exam yg sekolah buat ni just untuk menilai anak anak ni. And bagi hadiah berdasarkan ranking ni sekadar penaik semangat, reward orang kata. Mak ayah and anak anak perlu positif and bina semangat bersaing yg sihat.
Aku tidak la kata cara aku bagus, cuma aku rasa lebih baik menilai dan membanding keputusan anak kita dengan keputusan mereka yg lepas. Ada improvement ke tidak, kalau tak, kenapa.

Teringat masa memula nak hantar Irfan kat tadika ni, sebenarnya tak plan pun. sbb aku asyik rasa dia terlalu baby untuk dihantar ke tadika. Memang memula tu aku agak confiused sama ada nak daftar ke tidak untuk sesi persekolahan 2014. Siap google habis tadika2 top cam CIC,Brainy Bunch, Genius Aulad, Pasti, Little Caliph, tgk and budget2kan harga yuran bagai. Tapi at the same time ragu2 whether irfan ni ready ke tidak, boleh ke dia nak sesuaikan diri kat nursery baru kannn. Dah la still pakai diaper lagi. Dah terbiasa manja manja ngn babysitter kt nursery lama tu.

Tapi tulah, Allah tu Maha Mengetahui kan. Dia takdirkan kitorang berpindah kat area sini, nak taknk memang terpaksa tukar nursery and ditakdirkan aku terjumpa taska and tadika bayu mewah ni masa duk google taska yg berdaftar yg dekat dengan area rumah baru.
Mula2 aku aim nursery baby je untuk maryam, sbb maryam baru 2 bulan kan, so bila tengok bilik baby, cara diorang handle baby yg masih bf and minum ebm, aku terus rasa okay. And bila pengetua tu kata kids of age 4 tahun on 2014 memang kena daftar to tadika, aku rasa macam allah dah tolong jawabkan keraguan aku.
Masa mula2 sekolah aritu, menangis pagi2 jgn cakap la. Dia memang tak biasakan, dh 3 tahun lebih duk nursery kat selayang tu, ibu and makteh dia memang jaga dia tiptop tetiba terpaksa pindah kan, memang haru jugak la awal2 tu.
Dengan dia yg vocab pun tak berapa byk lagi awal2 dulu, risaunya lahai kot kot dia tak reti nak ckp dia lapar ke dahaga ke, risau gila okay. Tp alhamdulillah, dah nak dekat setahun dah dia kat tadika ni, alhamdulillah tak ada apa yg perlu aku risau.
Hakikatnya aku tau Allah yg jaga anak2 aku, and memang aku doa sangat2, biarlah allah lembut and santunkan hati ibu ibu and cikgu cikgu yg jaga anak2 kami ni. Yela kan, anak anak ni kecik lagi. Aku cuma boleh mengharap yg mereka ni amanah dalam menjalankan tugas.

Alhamdulillah, Irfan punya guru kelas Ustazah Juwairiyah.
Nampak lembut tapi tegas.
Aku okay je if irfan takut ngn cikgu2 dia, disiplin sikit.
So far memang byk benda yg irfan dah pandai.
Pandai berkawan, bercakap pun dh fluent, few sentence in english pun tak nmpak kekok.
Dah tak pakai diaper.
Ada la lagi bnda bnda simple yg buat aku ngn jemil kagum, huhu.

Yang jaga maryam pun okay. Lagipun maryam ni mmg senang nak jaga, kenyang perut dia, diapers dia bersih, dia selesa, tak payah ditepuk tepuk pun boleh bawak diri and tidur sendiri.
Maryam pun dah pandai jalan.
Certain words cam "sedap", "habis", "mama","abah" mmg clear if dia sebut.
And kalau tanya mcm mana bunyi cat, kang dia buat la bunyi "miaawwww", hihihi geram je dengar.

Makanya, memang tiada kata selain segala puji bagi allah.
Segala perkara yg baik semua datangnya dari Dia.






No comments:

Post a Comment

Cari cari