Click Click

Thursday, November 20, 2014

Cerita kecil tapi significant

Sebenarnya, aku nak tulis pasal reunion jemil ngn ex schoolmate MRSM PDRM dia.
Banyak gak la gambar yg aku dh kumpul. Video yg aku rakam.
Selain gambar sekitar event tu, gambar irfan terbalikkan bouncer ngn geng2 dia, huhu.
Haritu dh tepek satu dua gambar kt ig and fb.Rasa macam cukup lah tu.
Malas la nk tulis.

Tapi, mlm ni rasa nak tulis tentang dia...

Aku tak kenal dia.
Cumanya dia ni ex schoolmate jemil.
Panggilan kawan kawan che mad. sebab aku dengar jemil pun panggil dia chemad.
And rasanya, jemil pun dah lama tak jumpa dia, sebab seingat aku, since bercinta and dah ada anak 2 ni, baru2 ni (masa reunion tu je) aku perasan dia ni.

Lepas turun dari kereta, berjalan nak ke lobby Bangi golf resort, ada 3 orang lelaki berjalan seiring agak jauh kedepan daripada kitorang.
Jemil melaung " Tuan Ismadi!"
Dia toleh, senyum. "Kodiang!"
Sambil jalan ke arah dia, aku tanya "kenapa abang panggil dia tuan?"
Jemil kata "sebab dia Inspector polis"
Dia tunggu, peluk erat jemil and jalan seiring dengan kitorang terus ke registration counter.

Sepanjang majlis tu, aku cuma tgkkan irfan dari jauh.
Dia dah jumpa geng main, and kebetulan mmg ada corner khas ada bouncer untuk budak2 ni main.
Jemil, aku bg chance dia borak puas2 dengan kawan2 dia yang ada yg lama dia tak jumpa.
Sambil2 tu aku borak2 dengan spouse exschoolmate jemil yg lain.
Bila time makan, aku makan sambil suapkan maryam.
And memang malam tu aku dengan maryam kerjanya mmg makan je.
Food sedap.

Sambil ada yg dah sudah makan, and sambil2 makan ada few games yg diorang buat atas stage.
M.C masa game tu chemad lah.
Ada part yg kelakar kitorang gelak. so macam terngiang2 dengar suara dia.
Selain aku agak susah hati sbb irfan and gengnya dah start naik pentas mangacau.
Maka memang mata aku tertumpu pada pentas.

Irfan and the geng dah start buat havoc. Che mad yg pegang mic tu.
Kita tgk gambar jela ye.

Bersungguhhh

chemad yg duk depan yang membelakangkan camera.

Chemad yg duk bahagian tgh, sebelah brader tshirt biru tu. ceria kan dia? gelak2. senyum2.

Gambar wajib. Ramai ramai.

Ni ex classmate jemil. form 1 sampai form 3. yg dia peluk tu zafrul. bff katanya.
Time sebelum balik tu, beria ia peluk kawan2 dia.
Dengan jiji jiran tingkat atas pun berpeluk sakan.
Macam lepas lepas ni tak akan jumpa dah kan.
Dengan chemad pun sama.
Berpeluk erat.
Jemil cakap "nanti chemad, nanti aku bawak hang p makan nasik ayam mahai"
Aku siap menyampuk, "nasi ayam mahai??"
Rupanya, nasi ayam rm7 yg kat depan petron tu.
Jemil plan kalau2 nanti bila bila dia nk ajak chemad makan and lepak lepak situ.
Che mad ni kan inspector polis, keja kat pulapol tu, mmg dekat jela if nk lepak situ.

Tapi....
itu cuma perancangn kita.
Ditakdirkan, malam 18 november, che mad terlibat dengan kemalangan maut yg meragut nyawanya.
Dia on the way nk balik rumah, dari Pulapol jalan semarak tu nk ke puchong.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/inspektor-maut-motosikal-rempuh-lori-1.26611

Terkejut. Tak percaya. Semua jenis perasaan ada.
Jiji ketuk pintu rumah, smpaikan berita.
Jemil bersiap dalam gegas.
Aku macam terpinga.
Pasangkan butang baju melayu dia, salam, dia pergi dengan jiji.
Jemil pesan tidurkan anak anak and tidur dulu.
Tapi aku nak tunggu. Tak sedar terlena.
Tersedar ntah pukul berapa jemil dah balik.
Aku bukan apa, aku bagai boleh rasa macam mana perasaan isteri che mad menanti dia di rumah.
Tapi sebaliknya dapat berita yg suami dia dah tak ada.
Dan lebih menambah derita, esoknya ulangtahun perkahwinan mereka yang kedua!
Jemil cerita, che mad dh book tmpat untuk candle light dinner berdua dengan isteri dia.
Ya allah, kuatkan la hati isteri chemad, gantikanlah pahala dan redhaMu atas kehilangan yg dia perlu terima ini.
Aku tahu, aku percaya, yg Engkau takkan uji hambaMu lebih dari apa yg kami mampu.
Aku hanya mampu doakan isteri chemad tabah menempuh ujian hebat ini.
Kau ampunkan dan kasihanilah keduanya. tempatkanlah chemad dikalangan hamba2 mu yg soleh. temukanlah mereka semula didalam syurgaMu.

Apa yg aku cuba cerita, ia... mati.
Tak akan pernah kita tahu dan jangka bila masanya.
Hari ni kita ceria, bahagia, suka, derita, tanpa tahu adakah esok masih ada.
Ntah. Macam2 perasaan aku rasa.
Takut.
Masa aku ntah bila.

Kalau lah boleh request dengan tuhan.
Agar ambil aku bila aku dah sedia.
Saat taubat aku tuhan dah terima.
Bila aku betul betul dah suci dari dosa.
Kalau lahh....

**Selaut doa untuk kau chemad, mohd ismadi bin mohd muhidin.
Semoga kubur kau luas bagai taman syurga.
Telah ditakdirkan yg hari itu, waktu itu kau perlu kembali kepadaNya, tak awal, tak lewat hatta sesaat.
Kami ni....ntah bila.

No comments:

Post a Comment

Cari cari