Click Click

Saturday, November 22, 2014

Konsert akhir tahun Majlis Konvokesyen Tadika Bayu Mewah

Alhamdulillah.
I am a proud mama.
hihi.
Walaupun anak i cuma terlibat dengan persembahan, bukan convo pun, kihkihkih

Semalam baru je dia berumur genap 4 tahun.
And bila petang tadi tengok dia beraksi on stage, sebak okayyyy.
Hahaha

Bertempat di Grand Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Lepas bacaan doa, ucapan daripada puan pengetua, yg kami panggil Ibu Ziah
Syahdu betul masa doa pembuka majlis tu, siap ada doa supaya anak2 ni terus membesar menjadi manusia yg berguna, soleh solehah, berjaya dunia akhirat,bertakung air mata i mengaminkan doa, huhu

Persembahan start dengan ucapan alu aluan daripada anak2 kelas 6 tahun, in 3 language okay. 3. Bahasa melayu, english and mandarin, kagum mak sekejap tau.


Nyanyi lagu Negaraku and lagu Jalur Gemilang.
Then kelas darjah 6. Perform Nasyid.
Nama kumpulan nasyid Al Juwairiyah, macam biasa dengar je kan, rupanya nama ustazah, hihi ustazah depa nama Juwairiyah, haha.

Kelas 6 zuhal

Gabungan 6 Zuhal and 5 Zuhrah nyanyi lagu lagu mandarin.

1st persembahan kelas 4 Marikh ngn 4 Earth, tp irfan takde dlm group ni.
Persembahan kelas 4 marikh ni kelakar, hihi.
Nak tulis ni pun aku dah geli hati dah bila teringat. Budak2 ni kan baru 4 tahun, so diorang idak la nyanyi lagu aii aii twist ni, yg girls cuma goyang2 bahu and satu2 lirik yg depa nyanyi ialah 'aiaiaiai' hahaha,and the boys pulak acting like they are performing as a bandboy, dengan sexaphone, gitar spect hitam siap, hahaha, memang comel tahap gaban cara diorang bersungguh sungguh perform.

Stress, takleh nak upload vidiyo, huhuhu

Hah, finally keluar pun anak teruna den. Lagu belon. hihi
Ni pulak lagu mata saya. hihi
Macam macam aksi tau. Geram je, haha
Semangat dia nyanyi lagu ni sampai buat action tu sungguh. Kat rumah tak pernah dengar pun dia nyanyi, suruh nyanyi pun takmau.

Sambil sambil tu ada jamuan makan, food sedap. Ke memang tgh lapar tah. semua pun sedap kan.

Adik? Maryam Hannah? Ada. hihi





Mula mula sampai dia jaga, tp mengantuk, jenuh jugak la nak pujuk tido.
Masuk dlm boba, goyang2 sikit, zikir kat telinga, terus lena.
Carier mama bli semua ada sleepy dust, hihi.

Elok tgh bergelak ketawa tgk performance, adik terjaga.
hihi.
Adik pun excited tgk abang kakak on stage.
Makan takyah cakap la, apa mama makan dia makan.
Bak kata lirik lagu abang nyanyi, "mulut saya satu, tidak henti makan" Hahahaha.


Last performance by 4 years old kids, baby elephant walk dance, serius comel.

Apa yg mengagumkan aku is, irfan ahmad sangat la enjoy perform on stage. Aku ngn jemil sebenarnya risau jugak takut takut if dia nampak kami kt bawah tu tgk dia, kot kot dia malu and taknk perform kannn. Tp ternyata apa yg kami fikir tu adalah sebaliknya. Meja kitorang dah la depan stage, irfan dengan kawan2 dia relax je lambai2 mak ayah, siap cakap "eh tu mama kita" lepas tu siap cakap "hi mama", hihi
And lebih ajaibnya, dia tak malu2 pun menyanyi menari on stage, he realy having fun performing in front of ramai orang, macam2 kelaku dia atas pentas tu. 
Besar besar ni buat aksi apa pun masih nampak comel :P

Dah habis semua persembahan, ada upacara penyampaian hadiah. Untuk yg dapat 3rd to 1st place special la sikit hadiahnya.

As usual kami ni jenis makayah yg takut nak letak harapan tinggi tinggi kat anak. I mean, kami taknk stresskan irfan, and most of all taknk stress2 kan diri kami sendiri compare keputusan exam dia ngan keputusan anak orang lain.
Ye la, irfan baru 4 tahun, semalam baru 4 tahun, hakikatnya dia terpaksa pegi sekolah at 3 years and 2 months of his age. Kecik lagi kan. Tapi kitorang tau, early education yg sekolah ni tawarkan pun bukan lah formal sgt, idak le ada homework bagai, cuma mungkin exam yg sekolah buat ni just untuk menilai anak anak ni. And bagi hadiah berdasarkan ranking ni sekadar penaik semangat, reward orang kata. Mak ayah and anak anak perlu positif and bina semangat bersaing yg sihat.
Aku tidak la kata cara aku bagus, cuma aku rasa lebih baik menilai dan membanding keputusan anak kita dengan keputusan mereka yg lepas. Ada improvement ke tidak, kalau tak, kenapa.

Teringat masa memula nak hantar Irfan kat tadika ni, sebenarnya tak plan pun. sbb aku asyik rasa dia terlalu baby untuk dihantar ke tadika. Memang memula tu aku agak confiused sama ada nak daftar ke tidak untuk sesi persekolahan 2014. Siap google habis tadika2 top cam CIC,Brainy Bunch, Genius Aulad, Pasti, Little Caliph, tgk and budget2kan harga yuran bagai. Tapi at the same time ragu2 whether irfan ni ready ke tidak, boleh ke dia nak sesuaikan diri kat nursery baru kannn. Dah la still pakai diaper lagi. Dah terbiasa manja manja ngn babysitter kt nursery lama tu.

Tapi tulah, Allah tu Maha Mengetahui kan. Dia takdirkan kitorang berpindah kat area sini, nak taknk memang terpaksa tukar nursery and ditakdirkan aku terjumpa taska and tadika bayu mewah ni masa duk google taska yg berdaftar yg dekat dengan area rumah baru.
Mula2 aku aim nursery baby je untuk maryam, sbb maryam baru 2 bulan kan, so bila tengok bilik baby, cara diorang handle baby yg masih bf and minum ebm, aku terus rasa okay. And bila pengetua tu kata kids of age 4 tahun on 2014 memang kena daftar to tadika, aku rasa macam allah dah tolong jawabkan keraguan aku.
Masa mula2 sekolah aritu, menangis pagi2 jgn cakap la. Dia memang tak biasakan, dh 3 tahun lebih duk nursery kat selayang tu, ibu and makteh dia memang jaga dia tiptop tetiba terpaksa pindah kan, memang haru jugak la awal2 tu.
Dengan dia yg vocab pun tak berapa byk lagi awal2 dulu, risaunya lahai kot kot dia tak reti nak ckp dia lapar ke dahaga ke, risau gila okay. Tp alhamdulillah, dah nak dekat setahun dah dia kat tadika ni, alhamdulillah tak ada apa yg perlu aku risau.
Hakikatnya aku tau Allah yg jaga anak2 aku, and memang aku doa sangat2, biarlah allah lembut and santunkan hati ibu ibu and cikgu cikgu yg jaga anak2 kami ni. Yela kan, anak anak ni kecik lagi. Aku cuma boleh mengharap yg mereka ni amanah dalam menjalankan tugas.

Alhamdulillah, Irfan punya guru kelas Ustazah Juwairiyah.
Nampak lembut tapi tegas.
Aku okay je if irfan takut ngn cikgu2 dia, disiplin sikit.
So far memang byk benda yg irfan dah pandai.
Pandai berkawan, bercakap pun dh fluent, few sentence in english pun tak nmpak kekok.
Dah tak pakai diaper.
Ada la lagi bnda bnda simple yg buat aku ngn jemil kagum, huhu.

Yang jaga maryam pun okay. Lagipun maryam ni mmg senang nak jaga, kenyang perut dia, diapers dia bersih, dia selesa, tak payah ditepuk tepuk pun boleh bawak diri and tidur sendiri.
Maryam pun dah pandai jalan.
Certain words cam "sedap", "habis", "mama","abah" mmg clear if dia sebut.
And kalau tanya mcm mana bunyi cat, kang dia buat la bunyi "miaawwww", hihihi geram je dengar.

Makanya, memang tiada kata selain segala puji bagi allah.
Segala perkara yg baik semua datangnya dari Dia.






Friday, November 21, 2014

Irfan Ahmad 4 yrs young

Happy birthday ultraboy :)

Kelakar tau irfan ni, boleh dia marah bila abah dia nyanyi birthday song kat dia tgh malam td, hahaha.
siap ngadu, "mama, tgk abah ni, marah dia"
mama tnya kenapa?
"abah ni...nyanyi"
hahahahaa.. nyanyi pun tak boleh ka?
irfan irfan...

Birthday yg ke 4 tahun ni, samaje macam 3 tahun yg lepas.
Takde party party.
Insyaallah nnti buat goodie bag untuk bagi kat kawan2 kat sekolah.
Haritu saja google gambar cake image dibo dragon, tunjuk kat dia, tgk gitu2 jela, takde la dia beria2 mintak cake, hihi.

Hadiah bday pun tak pandai mintak lagi, tp selalu je apa dia nak dia dapat. hihi.
Asal ultraman rosak je, "nanti beli baru neyyyy.."
suka hati kan? 

Umur 3 tahun 2 bulan dah kena g sekolah kan, but anyhow mama tau irfan dah pandai bawak diri.
Dah banyak sgt pengalaman yg mendewasakan irfan.
Banyak sangat sampai mama rasa eh cepatnya irfan dh besar, haritu macam baby baby je lagi.

Above all this, Mama doakan irfan jadi anak yg soleh, yg mendengar kata.
Yg bijak, yg sihat, yg handsome, yg segala gala yg terbaik lah :)
Semoga irfan membesar dengan baik.
Mama and abah sayang irfan.
And kalau mama and abah marah sikit sikit tu ada la sebabnya, semua pun nak yg terbaik untuk irfan.
Mama and abah akan cuba berikan yg terbaik untuk anak2, but ALLAH jugalah sebaik sebaik penjaga.
Mama doakan Irfan terus dalam lindunganNya.


Acamen bobot mama. habes serius dah tu, takut tak? hahaha

Thursday, November 20, 2014

Cerita kecil tapi significant

Sebenarnya, aku nak tulis pasal reunion jemil ngn ex schoolmate MRSM PDRM dia.
Banyak gak la gambar yg aku dh kumpul. Video yg aku rakam.
Selain gambar sekitar event tu, gambar irfan terbalikkan bouncer ngn geng2 dia, huhu.
Haritu dh tepek satu dua gambar kt ig and fb.Rasa macam cukup lah tu.
Malas la nk tulis.

Tapi, mlm ni rasa nak tulis tentang dia...

Aku tak kenal dia.
Cumanya dia ni ex schoolmate jemil.
Panggilan kawan kawan che mad. sebab aku dengar jemil pun panggil dia chemad.
And rasanya, jemil pun dah lama tak jumpa dia, sebab seingat aku, since bercinta and dah ada anak 2 ni, baru2 ni (masa reunion tu je) aku perasan dia ni.

Lepas turun dari kereta, berjalan nak ke lobby Bangi golf resort, ada 3 orang lelaki berjalan seiring agak jauh kedepan daripada kitorang.
Jemil melaung " Tuan Ismadi!"
Dia toleh, senyum. "Kodiang!"
Sambil jalan ke arah dia, aku tanya "kenapa abang panggil dia tuan?"
Jemil kata "sebab dia Inspector polis"
Dia tunggu, peluk erat jemil and jalan seiring dengan kitorang terus ke registration counter.

Sepanjang majlis tu, aku cuma tgkkan irfan dari jauh.
Dia dah jumpa geng main, and kebetulan mmg ada corner khas ada bouncer untuk budak2 ni main.
Jemil, aku bg chance dia borak puas2 dengan kawan2 dia yang ada yg lama dia tak jumpa.
Sambil2 tu aku borak2 dengan spouse exschoolmate jemil yg lain.
Bila time makan, aku makan sambil suapkan maryam.
And memang malam tu aku dengan maryam kerjanya mmg makan je.
Food sedap.

Sambil ada yg dah sudah makan, and sambil2 makan ada few games yg diorang buat atas stage.
M.C masa game tu chemad lah.
Ada part yg kelakar kitorang gelak. so macam terngiang2 dengar suara dia.
Selain aku agak susah hati sbb irfan and gengnya dah start naik pentas mangacau.
Maka memang mata aku tertumpu pada pentas.

Irfan and the geng dah start buat havoc. Che mad yg pegang mic tu.
Kita tgk gambar jela ye.

Bersungguhhh

chemad yg duk depan yang membelakangkan camera.

Chemad yg duk bahagian tgh, sebelah brader tshirt biru tu. ceria kan dia? gelak2. senyum2.

Gambar wajib. Ramai ramai.

Ni ex classmate jemil. form 1 sampai form 3. yg dia peluk tu zafrul. bff katanya.
Time sebelum balik tu, beria ia peluk kawan2 dia.
Dengan jiji jiran tingkat atas pun berpeluk sakan.
Macam lepas lepas ni tak akan jumpa dah kan.
Dengan chemad pun sama.
Berpeluk erat.
Jemil cakap "nanti chemad, nanti aku bawak hang p makan nasik ayam mahai"
Aku siap menyampuk, "nasi ayam mahai??"
Rupanya, nasi ayam rm7 yg kat depan petron tu.
Jemil plan kalau2 nanti bila bila dia nk ajak chemad makan and lepak lepak situ.
Che mad ni kan inspector polis, keja kat pulapol tu, mmg dekat jela if nk lepak situ.

Tapi....
itu cuma perancangn kita.
Ditakdirkan, malam 18 november, che mad terlibat dengan kemalangan maut yg meragut nyawanya.
Dia on the way nk balik rumah, dari Pulapol jalan semarak tu nk ke puchong.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/inspektor-maut-motosikal-rempuh-lori-1.26611

Terkejut. Tak percaya. Semua jenis perasaan ada.
Jiji ketuk pintu rumah, smpaikan berita.
Jemil bersiap dalam gegas.
Aku macam terpinga.
Pasangkan butang baju melayu dia, salam, dia pergi dengan jiji.
Jemil pesan tidurkan anak anak and tidur dulu.
Tapi aku nak tunggu. Tak sedar terlena.
Tersedar ntah pukul berapa jemil dah balik.
Aku bukan apa, aku bagai boleh rasa macam mana perasaan isteri che mad menanti dia di rumah.
Tapi sebaliknya dapat berita yg suami dia dah tak ada.
Dan lebih menambah derita, esoknya ulangtahun perkahwinan mereka yang kedua!
Jemil cerita, che mad dh book tmpat untuk candle light dinner berdua dengan isteri dia.
Ya allah, kuatkan la hati isteri chemad, gantikanlah pahala dan redhaMu atas kehilangan yg dia perlu terima ini.
Aku tahu, aku percaya, yg Engkau takkan uji hambaMu lebih dari apa yg kami mampu.
Aku hanya mampu doakan isteri chemad tabah menempuh ujian hebat ini.
Kau ampunkan dan kasihanilah keduanya. tempatkanlah chemad dikalangan hamba2 mu yg soleh. temukanlah mereka semula didalam syurgaMu.

Apa yg aku cuba cerita, ia... mati.
Tak akan pernah kita tahu dan jangka bila masanya.
Hari ni kita ceria, bahagia, suka, derita, tanpa tahu adakah esok masih ada.
Ntah. Macam2 perasaan aku rasa.
Takut.
Masa aku ntah bila.

Kalau lah boleh request dengan tuhan.
Agar ambil aku bila aku dah sedia.
Saat taubat aku tuhan dah terima.
Bila aku betul betul dah suci dari dosa.
Kalau lahh....

**Selaut doa untuk kau chemad, mohd ismadi bin mohd muhidin.
Semoga kubur kau luas bagai taman syurga.
Telah ditakdirkan yg hari itu, waktu itu kau perlu kembali kepadaNya, tak awal, tak lewat hatta sesaat.
Kami ni....ntah bila.

Sunday, November 2, 2014

Wearing My Baby


#babywearing #wearyourbaby #babywearingmama #babywearing love.

Ok. Malas nk letak banyak2 hashtag dah. Kalau letak je hashtag ni kat IG tu boleh berjam2 scroll gambar orang. Takde kerja namanya. Hehehe.

My personal baby wearing (bbw) journey start masa maryam lahir. Masa irfan mmg tak. Sebabnya abah dia sangat gagah perkasa dukung dia bare hands, hihi.
Lagipun masa tu irfan sorang je, so mmg setakat nak switch mama and abah dukung memang takde masalah.
We have 1 croth carrier (CC), jenama tak ingat. Hadiah orang bagi.
Seingat aku, 2 kali je pakai. Abah dia yg pakai. As we all know CC adalah sangat tak selesa. Tp at that time irfan kecik sangat, dia redha je duk dlm tu even tak selesa pun and as a wearee, like what i said before, bukan aku yg pakai so sakit pinggang ke sakit badan ke aku tak tau, huhu.

Perbandingan
Another perbandingan

Pernah singgah booth babywearing, pernah dengar talk on babywearing, pernah try woven wrap (WW),  tapi masa tu irfan dah start pandai jalan so, tak teracun sangat nk bli bbw gear.
Tp bila dah start plan nak nak tambah baby, baru teringat balik and start searching.
Thanks to FB, blog, youtube... senang kerja.
 
kalau bercakap pasal safety, mesti ada sebut pasal this M shape ;)
My first gear adalah moby wrap.
Sebenarnya tak plan pun nk bli moby.
Memula ingat nk suruh biras belikan kain gendongan je masa dia pergi cuti kat bandung. Tp dia kata seller kat sana yang cadangkan dia beli moby wrap tu. Katanya moby mmg kain khas untuk gendong baby. Aku mmg memula aim nk bli moby jugak, actually moby or boba wrap lah, sbb harga less than rm200, yelah, ww boleh kata semua harga rm200 keatas. Tp masalah ngn moby or boba wrap ni ialah, dia jenis kain yg strecthy, so kalau baby bambambam mmg mudah melendut. Tapi dh terbeli kan, takpelah. Pakai je lah kan.

Alhamdulillah, Moby wrap ni mmg byk membantu masa dalam pantang. Remenber, aku kan pantang sendiri, so bila wear baby guna wrap ni mmg memudahkan nk buat task2 lain. Nak kehulu kehilir pun takla lenguh tangan dukung bare hands. Baby pun selesa je bedakap ngan mamanya. Rasa mengandung balik pun ada, carry guna moby ni sedap tau, berat baby tak terasa sgt.
Wearing using moby wrap. Masa kenduri cikdya may 2014.
Memang rasa bersyukur sangat. Allah ni temukan aku dengan ilmu  ni. Sangat2 memudahkan urusan harian.

Apa beza wrap, ssc, mei tai, sling?
Apa kelebihan each tu?
Nak pilih or beli yg mana?
Huhuhu memang makan masa nak faham satu persatu. Tp itulah, mmg kena gali ilmu.
Kalau tak nnti end up tersalah beli.

Source :FB.

Masa nak dekat raya haritu, berat Maryam dh more than 7kg. Bukan moby takleh tampung, cuma senang nk melendut. Kena readjust every minutes, stress lah mak encik. Ada la fund sikit if nak sambar ww. Tp lepas pikir dalam2, kalau ku beli ww, nak ke apaknya berwrap2 ni. Kang bli mahal2 tak pakai cm bazir pulakkan.
Baik la kita beli soft structured carrier (apaknya boleh pakai jugak)
Sbb kalau suruh wrap mesti dia kata cm complicated kannnn.
Maka kita decide bli ssc je. Huhu
Maka startla pakai ssc.
Smart je if apak guna wrap kannnn? Hahaha. Tapi ni bukan apak maryam. Mihmihmih. Pic courtesy to google.


Maryam in SSC. Gmbar dr fb SURI.
Since then mmg banyak pakai ssc.
Kalau setakat dalam rumah nk buat keje, sambar je batik lepas, ikat jadi slipknot, kendong.
Takde kain batik lepas? Shawl pun jadi. Hahahha
Tp please mind this, shawl or kain batik lepas bukan kain khas to kendong anak, so it is on your own risk la kan. 
Pepandai la check kain tu kot ada tetas ke koyak ke.

Abaikan muka mak maryam yang terlebih excited. Hihu


Rasanya. Cukup la sharing on bbw ni.
Aku bukanlah otai bbw.
Educator juga bukan.
Aku ibu yg sentiasa belajar menjadi ibu.
At the same time cari cara yg memudahkan urusan harian.

Peace :)




Cari cari