Click Click

Sunday, June 22, 2014

Irfan Ahmad's first school exam

Exam ye kawan kawan exam.
Mak incik pun taktau nk nangis ke nak happy bila dapat memo and jadual periksa anak mak incik tu, huhuhu. Baru 4 tahun, hahaha

Dapat jadual a week before, patutnya buat la persediaan kan. Tapi kitorang (me and jemil) confiused taktau nk buat apa.
Makanya kita chill chill aja ya.. hihi

So far, sepengetahuan aku as his mother, Irfan memang dh kenal a bc sampai z cuma at that point aku rasa irfan kurang cam kalau a b c tu in small letter.
Bab mengira, rasanya penah dengar dia mengira, tp lapan ngn empat selalu salah sebut.

Semenjak dia dh sekolah ni aku mmg tau dia tau baca doa. Doa makan, doa masuk tandas, doa bangun tidur, itu antara yg aku selalu dengar dia baca la, dengar la jugak dia nyanyi lagu anak2 nabi, pastu dia sebut2 "ba baqarah".
Tp irfan ni kalau aku tegur or tunjuk yg aku dengar dia baca kang terus dia stop.

So kitorang pun just revise gitu2 jelah.
Nak kata ulangkaji tahap dewa tu tidaklah.

Cikgu pun suruh rileks, maka kita rileks jewww, hahahaha
So semalam masa parents teachers day, dapat tahulah markah si irfan ni.
Secara summarynya aku tau yg irfan faham apa yg cikgu2 ajar kat sekolah.
Cuma bab tulisan kena betulkan lagi, tgk balik kertas soalan pun yg salah sikit2 tu sbb 'tulisan cantikkk sangat', pastu sbb terlebih bijak, arahan suh colour eggs yg tersembunyi ditibainya colour the whole page, kan terlebih bijak namanya tu, hihi

Paper moral and agama islam dapat A okay.
Cam aku tulis kat status fb, nampak la mak ayah si irfan ni bermoral sikit, hahaha.
Yang aku risau sikit, bab mandarin dia. Aku sebenanrnya mmg tak berniat pun nk irfan ni pandai mandarin ke apa, cuma dh package sekolah tu ada mandarin, so go on jelah. Sudahnya aku plak susah hati tgk markah dia. Yela, aku nk ajar pun tak reti.
Anyway, dh jumpa teacher mandarin dia semalam, dia kata maybe irfan susah sikit nk catch up mandarin sbb dia baru start tahun ni, kawan2 dia semua dh start since umur 3 tahun.
Ok acceptable. Hahaha
Iqra baru iqra satu, bila tanya kat cikgu kenapa lama benorrrr sangkut kat buku 1, cikgu kata irfan still confiused jim dgn kho, okay. Faham.
Senang sungguh memuaskan hati mama si irfan ni kan, hihi

Okaylah pada aku, irfan pun baru 4 tahun.
Lagipun hantar dia sekolah ni pun salah satu usaha kitorang.
Nak ajar sendiri kat rumah mmg takdan la kan.
Kita cuba usaha apa yg patut ye.

Next exam, October.
Ye... bulan 10.
Good luck mama irfan and irfan ahmad.

Monday, June 9, 2014

Cikdya kawen

Cikdya is irfan and maryam one and only auntie.
Hihihi.
My younger sister.

Akhirnya ke jinjang pelamin juga adik aku,
Setelah berzaman deme dua ni bercinta.
Hihi

Dipendekkan cerita,
Ya and topek dinikahkah on 30 may 2014.
Majlis resepsinya on 31st may 2014.

Ni gambar beberapa minit sebelum ke masjid untuk nikah.
video

Tak sure boleh ke tidak view video ni,hihi

Ni muka cik lagi, belum puan

Ni pun gambar sebelum bergelar suami

Ni muka bersyukur. Dah jadi isteri orang, hihi



Nampak tak budak berlemuih tu. Dimana ada cikdya disitu ada dia. Makanya semua gambar kawen cikdya ada terselitlah gambar dia sekali. Hahahaha
The other week, on 7 Jun pulak berlangsungnya majlis bertandang di rumah uncle pek kat tepen nun. Hihi

See. Ada irfan disitu.

Ada 2 pasang pengantin. Jai tu adik tiri pek.

Encik Taufiq and Puan Safa Nadia
Dengan itu selesai lah majlis dikedua dua belah pihak.

Bermula lah kehidupan bersuami dan beristeri, hihi.

Doa dari kakakanda, hehehe
Semoga anda berdua sentiasa hidup dalam barakah, sakinah dan mawaddah.
Semoga anda berdua tenang melayari bahtera rumah tangga yg kadang2 datang geloranya.
Sentiasa selitkan iman dalam diri.
Selalu toleransi.
Wahhh.. berpuisi pulak ahhkakkk.

Okaylah. Sekian ucapan beta.


Cari cari