Click Click

Thursday, November 28, 2013

Berpantang sendiri

Harini 28 Nov 2013,kira dh lebih kurang sebulan lah bersalin, and berpantang. Kira dh layakla kalau nk berkongsi tips berpantang sendiri ni kan, kihkihkih

Memang since plan anak no 2 ni kitorng (jemil and me) dah sepakat, lepas bersalin nnti duk kat rumah ni je. Taknak balik berpantang kat kampung. So mmg mentally prepared lah.

Maka, bila dh mengandung tu, mmg pelan2 la susun satu2 plan mcm mana nk pantang sendiri.

Yg paling penting ialah MAKAN, hihi
so i make my own menu sepanjang berpantang.
for 44 days je kan? pastu bleh pelahap semua bnda kan? hahahah.

Breakfast
1. hot drink or cereal and juice*
2. biskut or roti
3. multivitamin and calcium pill

Lunch and dinner
1.nasi putih + sayur+ protein

1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10.Ikan senangin
11.Ikan kerisi
12.Ikan kod
13.Ikan siakap
14.Ikan salmon

masak sup, steam, goreng with less minyak, bakar.

Tapi selama dh berpantang ni, ikan yg aku makan, ikan tanggiri for the 1st few days, pastu ikan kerisi (yg ni mmg favourite) and ikan bilis. And... takde maknanya nk less2 minyak ni, aku prefer deep fried, hihi.

Sayur hanyalah sawi hijau, hari2 okay. hari2.
Nasib baik aku tak bertukar jadi hijau cm Hulk.
huhu, bukan apa. Aku malas nk menyusahkan suamiku itu untuk spend masa kat supermarket lama2 semata2 nk cari ikan2 lain or sayur2 lain. Setakat ikan tenggiri and kerisi, pastu sayur sawi tu dia kenal sangat dh, and kat kedai2 runcit pun ada jual.

Lagi satu, dh la aku takleh makan halia, lada hitam and herba2 ni sbb takut Maryam jaundice. 4 hari aku makan lada hitam pun hampir2 menaikkan reading bilirubin dia. So mmg takde makna la aku nk stim2 ikan bagai tanpa 2 bahan fav aku tu... oh tetiba rasa rindu bangat nk makan halia and lada hitam. cepatla Maryam besar! hahahha

Second thing bila nk pantang sendiri ni, kena ada jadual. Cuba plan supaya hari2 yg kita lalui tu smooth aja.

Pagi 6-11 am
Bf bb
Prepare for Mandi
Mandi
Bertungku
Prepare bfast
Bfast
Mandikan bb
Bf bb
Berurut*

Tghari 12-4pm
Bf bb
Prepare lunch
Lunch
Nap
Bf bb

Petang 5pm onwards
Bf bb
Mandi
Bersihkan bb

Kakak yg mengurut aku tu akan dtg rumah dalam kul 10 cmtu, so mmg dlm kul 9 cmtu aku akan mandikan Maryam, dh siap2 pakai baju semua aku akn susukan dia sampai dia lena. Masa mengurut lebih kurang 2 jam, so mmg by the time kakak urut tu duk wat final touch tu, Maryam pun dh start ek ek ek dah. hihi

Lagi satu kelengkapan.

Prepare lah barang2 yg memudahkan anda.
Macam tungku, beli yg kita mudah handle. Memula aku plan nk bli tungku elektrik, tp bila ramai yg review kata tak elok. At the end aku bli tungku tanah liat. Mmg berbaloi. Nk panaskan pun mudah, letak atas stove dlm 10 minit je. Mudah dipegang. Pendek kata senang la nk handle. Benda yg memudahkan ni buat kita rajin nk bertungku, trust me. Memang memudahkan.

Bengkung. Pakai bengkung moden tu senang, zip je. Tapi aku pakai jugak bengkung tradisonal tu, yg ikat tali tu. Aku guna yg sendayu tinggi punya,ok la..even ikat sendiri tp tahap ketat tu ok je. Kempis dh perut ni, haha.

Selain tu, nursing pillow and kain untuk wrap, hihi yg ni not necessary, cuma kalau ada mmg membantu. Aku takbli pun nursing pillow, lapik bantal biasa je. Moby wrap mmg membantu la di saat2 baby nk mintak kena kendong and at the same time kena buat bnda lain, hihi

And satu lagi yg penting ialah prepare lah fizikal and mental.

Badan and mental kena kuat dan sihat. Psiko la diri sendiri ckp kita sihat dan kuat, hihi doa banyak2 mintak Allah berikan kekuatan dan kesihatan.

Support dari orang sekeliling tu penting. Terutama SUAMI. Sbb dialah pak bidan kita. Suami pun kena ready mentally and physically. Yela sbb dia nk tolong kita handle housechores and at the same time dia kena keluar bekerja tiap2 pagi. Memang suami isteri kena discuss sama2 tugas masing2. Tambah2 kalau dh ada anak sorang yg tengah melasak, huhuhu

Above all, kena selalu berdoa Allah mudahkan urusan harian kita. Ya, kita cuma merancang, tp perancangan Allah adalah yg terbaik. Mintak mak, mak mertua, makcik anda doakn jugak. Doa ibu allah makbulkan.

Rasanya itu je, kalau ada lagi nnti boleh kongsi lagi.
Semoga bermanfaat.

Tawakal itu penyelesaian spiritual

https://www.youtube.com/watch?v=_ocrcqMuInQ&feature=youtube_gdata_player

Ya Allah, sesungguhnya aku serahkan urusanku kepadaMu, dan aku sandarkan belakangku kepadaMu.

Wahai Yang Maha Hidup, Wahai Yang Maha Mengatur segala urusan..
dengan rahmatMu aku mohon pertolongan.
baikilah urusanku ini kesemuanya, dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun hanya sekelip mata.

Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah....
posted from Bloggeroid

Thursday, November 21, 2013

Irfan Ahmad 3 yrs old

taken subuh 21 Nov 2013
Alhamdulillah, dah 3 tahun Allah pinjamkan dia pada mama and abah. Jadi penyejuk mata mama and abah.
Tiba2 rasa sekejap je dia dh besar.

At 3 yrs banyak bnda yg dh lalui.
Spiritually and mentally.
Macam2, kadang2 buat mama and abah kagum dengan dia.

At 3 yrs old, dia dh jadi abg.
Sangat2 reliable, setakat ni dia dengar ckp mama supaya tgkkan adik, tolong mama. Belum ada lagi lah percubaan untuk mendukung adik tanpa kebenaran, hihi

Irfan Ahmad,
Mama and abah loves you so much.
Tak ada beza sikitpun even dh ada Maryam.
Mama doakan Irfan terus membesar menjadi anak yg soleh, bertanggungjawab, cerdas dan bijak, sentiasa memberi manfaat kepada semua disekelilingmu. Pendek kata, mama sentiasa mendoakan yg terbaik untuk anak mama ni.

Monday, November 4, 2013

My Little Girl

Dia dh kenyang menyusu.
Tidur, tp duk la ek ek ek.
Mama tepuk2 slowly area dada dia.
Cuit2 pipi kot2 tak puas menyusu.
Dia try bukak mata yg terkatup rapat, mengantuk sangat, payah sungguh nk bukak sebelah mata pun.
Bukak mata nmpak muka mama.
Okay, mama ada kat sini.
Senyum.
Haihhhhh... cair.
Luruh jantung tgk senyuman yg satu ni.
Hihi :)
Published with Blogger-droid v2.0.10

Cari cari