Click Click

Wednesday, January 9, 2013

Criticizes without alienating others

Macam mana ye nak mula..?
Actually dalam dada ni sesak.
Sakit hati yg teramat.
Geram.
Tapi tak tau kenapa, aku pilih utk senyap dan pendam.
Padahal ayat dh siap karang..skrip dah cukup lengkap, tp ia kekal di tempat asalnya.
Kalau pasal kerja tu memang DH la tempat mengadu.
Tp mcm tak sesuai jugak, sbb nnti dia tumpang sakit hati sama.
Ye la dia kan former staff kat sini, bila cerita kat dia cerita2 kurang enak ni akan menyebabkan 'luka lamanya berdarah kembali'.
Silap2 kang aku jugak yg kena marah sbb 'oh pandai pulak kawal marah kt org2 kat ofis...yg patut kena sound pandai pulak senyap.. bla bla bla bla'
Arghhh tertekan.
Aku tau skill leadership aku 0.
Aku tak pandai nk tegur kesalahan org.
Kalau aku tegur kang sentap.
Aku btau supervisor, sentap jugak. Tarik muka. Tuduh aku mengadu domba pulak.
Tapi ko buat keje macam takde tangan.
Takkan aku nk telan je. Sampai masa aku jugak nk kena menjawab semua mistakes ni.
Aku cenderung nmpak salah org. Org wat silap sikit je cepat je setan2 ni bisik, 'tgk tu tgk tu'

Jenuh aku istigfar.
Jenuh aku alihkan pandangan.
Jenuh aku pujuk diri.. argh biarlah diorang nk buat apa pun, jaga periuk nasi sendiri sudah. Biarlah.. kat dunia ni mmg kdg2 tak nmpak keadilan, tapi allah tu maha adil. Tak dibalas di dunia di akhirat lagi perit.
Jenuh aku cuba diam daripada terkeluar kata yg mungkin sakitkan hati org or worsen lagi keadaan. Tp kadang2 lancang jugak kata2 yg keluar. Kalau aku tersedar mesti rasa menyesal, msti berkata2 dlm hati 'kenapa la aku tak diam je'.
Tp memang hebat peribahasa ' terlajak perahu boleh diundur....' tu, mmg significant penciptaannya. Haha.

What's in my mind now.....
Betapa tajamnya lidah, even kadang2 ianya dikatakan utk kebaikan sejagat, tp kalau tak kena tempat dan cara (approach) nya, memang sukar dihadam. Akan kekal sebagai sesuatu yg memerit lagi memedihkan.


What to do?



Aku mohon pertolongan dan keampunanmu Ya Rabb.



2 comments:

  1. Awak, sabar ya? Rasa hilang sbr kat tmpt keje mmg takde penghujunglah sy rs. Sy ni, ringan je tgn nak tumbangkan kusi meja. Tapi itu klu turutkan bisikan setan le. Bile di pk balik, sbr. Takde jln lain...sabar.

    Sy hrp, awak bersabar. Sbb dah takde jln len. Skt hati cuma kat tmpt keje. Kat umah, ilang skt ati tgk anak-anak. Kan?

    ReplyDelete
  2. Saya bercita jugak hendak hempuk meja jugak kalau tertekan, tp ntah...
    Saya bukan apa kadang2 takleh nk bendung perasaan 'iri hati' tgk perangai sambil lewa org lain.

    Macam hari jumaat yg indah ni, patutnya hati saya suci.
    Tapi sbb sakit hati tgk ada yg masuk kerja pukul 9.30 pagi ada, 1105pagi ada, 1145 pun ada yg baru masuk, hati yg suci jadi bara dan penuh kemenyampahan... hahhha rosak bahasa.
    Ingat company ni bapak dia punya??
    Arghhh..tak sepatutnya saya melebih2. Bos pun tak kata apa. Top management pun tak selidik korek. Lantaklah...

    Saya tenteramkan hati dengan fikir tentang nikmat yg allah beri pada saya dan keluarga yg perlu saya syukuri, jaga betul2. Yg lain2 tolak tepi.

    ReplyDelete

Cari cari