Click Click

Friday, November 9, 2012

Melayu Islam

Ko ni saja kan intan, hehehe

Eh..kata ada hak kebebasan bersuara.

Sepengetahuan (ada ke perkataan ni?) aku yg tak seberapa ni, antara ciri ciri seseorg itu yg membolehkan dia dikatakan melayu ialah:dia adalah penganut agama Islam. Yes, itu semua ciri2 atau guide yg manusia cipta/gubal.
Tapi, apa salahnya?

Saya - intan, kawan saya Carmen, lagi sorg kawan saya Venot, kawan lagi sorang pulak Ei mei.
Apa persamaan kami?
Kami dilahirkan dia bumi malaysia yg aman damai, pada tahun yg sama : 1985.
Kami dilahirkan tanpa boleh memilih siapa ibu bapa kami mahupun bangsa dan agama kami.
Kami dilahirkan 'kosong'. Ibu bapa kami yg mencorakkan kehidupan kami.
Dan... kami okay je.

Saya bersyukur dilahirkan dalam keluarga berbangsa melayu dan menganuti dan mengamalkan agama Islam.
Itu adalah qada dan qadar Allah utk saya, dan saya percaya dengan itu.
Saya sepatutnya mensykuri nikmat iman yg Allah beri tanpa saya pinta.
Dari kecil telah diajar tentang akidah: tuhan itu hanya Allah dan Muhammad s.a.w itu rasul utusanNya.
Walau hidup penuh liku, saya bersyukur masih lagi Islam dan dikurniakan nikmat diterima taubat. Faham?
Bayangkan, kalau lah saya tidak dilahirkan dalam keluarga yg mengamalkan Islam, makin terkontang kanting lah saya mencari tuhan. Nauzubillah himinzalik.

Kawan2 saya tadi?
Oh, Carmen dilahirkan dalam keluarga berbangsa cina dan menganuti agama kristian.
Ei Mei juga berbangsa cina, tetapi ibu dan bapanya menganut agama Buddha, maka dia membesar sebagai seorg yg berbangsa cina menganut agama Buddha.
Venot pula dibesarkan sebagai penganut Hindu.
Itu perbezaan kami.
Persamaan kami: keluarga kami mencorak bangsa dan agama kami. Asalnya kami dilahirkan dalam keadaan fitrah.

Tapi tak mustahil allah beri hidayah pada mereka suatu hari nanti utk kembali kepada fitrah.
Tak mustahil juga allah temukan mereka dgn ilmu yg boleh membawa mereka mengenal tuhan yg satu. Hanya satu.
Tak mustahil.
Dan kalau ia benar2 berlaku, they can just revert to Islam.
Bila2.
Entah2 menjadi muslim yg lebih baik. Dengan taufik dan hidayah Allah mungkin mati dan dibangkitkan sebagai Muslim.
Itu pasal revert to Islam.
Kalau yg dibesarkan sebagai islam pulak utk memilih keluar dari Islam?
Murtad?
Nauzubillah himinzalik

Pesan seorg yg bukan bergelar ustazah,
Ibu bapa zaman ini, mari jaga keluarga kita. Islam kini menghadapi bermacam2 cabaran.
Untuk membesarkan anak zaman sekarang bukan senang.
Ada islam liberal lah, plural lah, syiah.. belum masuk Mu'tazilah, khawarij apa lagi.
Kita dulu kene perisai diri dengan ilmu.
Kena ada satu firewall yg boleh halang kita dan keluarga kita dari terjerumus terus ke hellfire.
Allah, lindungi Kami.

I'm praying that Allah will always guide us to his path.
Takde la hendaknya sedara mara ke kawan2 or sesiapa saja yg tak kira lah bangsa apa tp agamanya islam, ada pemikiran like 'aku open-minded, aku tak kisah anak aku nk pilih agama dia sendiri."

May Allah protect us.

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Post a Comment

Cari cari