Click Click

Friday, July 27, 2012

Kufr al 'asheer

Dugaan 'kufr al'asheer'.

Quotes below taken from a book i'm reading now, dari buku tu, katanya

Tatkala suami berasa bahawa dirinya sudah melakukan yg terbaik, jgn sesekali usahanya dihentikan setakat ini. Usaha itu harus berterusan, bukan sahaja untuk melangsaikan tanggungjawab yg terpikul di bahu sendiri, malah utk berdepan dengan dugaan kufr al'asheer, yang disyariatkan oleh Nabi s.a.w di dalam sahih al bukhari, hadis ke 29:

"Diperlihatkan kepadaku neraka, sesungguhnya kebanyakkn penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri". Lalu baginda s.a.w ditanya: "apakah mereka itu mengkufuri allah?" Rasulullah s.a.w menjawab."Mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat2 berumahtangga), dan mereka mengkufuri ihsan. Tatkala kamu melakukan yang terbaik kepada seseorg daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): 'aku tidak nampak satu pun kebaikan padamu!'"

Biar sebaik mana pun usaha suami, ada pula kecenderungan isteri utk menafikannya. Ia disebut sebagai Kufr al 'asheer!

T__T

Protect us from it Ya allah..

Berasa cukup.
Kena.Wajib.Mesti ajar diri berasa cukup.
Bersyukur sekurang2nya punya suami tempat bergantung and menumpang kasih.
Bersyukur punya suami yg sanggup tolong basuh baju and sidai baju =)
Basuhkan pinggan mangkuk kotor dalam sinki tu..=)
Berterima kasih lah pada dia.
Taatlah pada dia.

Tadi, masa borak dengan one of my senior friends kat ofis, dia pesan.. kita ni org ppuan jgn suka nagging sgt! hahahaha
Kalau bertekak ngn suami tu, bila tgk dia dh naik suara or dh tukar hijau nk jadi hulk jgn la nk melawan sgt, kena ingat kudrat lelaki jauh lagi kuat dari kita.Or kalau suami stress balik keje penat2, mata dia dh bersinar2 sebab dgr anak2 bising. Lebih baik pegi tempat lain daripada sibuk2 berleter benda2 remeh, bawak anak2 ke bilik lain (contohla..) suh anak2 jgn bising2. hahaha..comelkan nasihat ni..

Yes, kita ni manusia yg byk kelemahan, iman kita kdg2 level yg paling bawah.
Suami pun macam tu jugak. Dia juga manusia yg punya nafsu marah.
Jadi kita sama2 beringat ingat, sama sama bertolak ansur.


May allah make it easy for us all and grant us all happy and blessed marriages full of tranquillity, love, mercy and understanding. Aamiin Ya Allah.



No comments:

Post a Comment

Cari cari