Click Click

Sunday, July 15, 2012

Irfan Ahmad

Lama tak update pasal anak bujang mama ni.

Masih handsome and comel di mata mama! hahahha
Ligat and lasak (its okay.. boy lah katakan)
Masih belum bercakap, but progressing well.

Dah pandai pilih apa yg dia nk and taknk.
sua benda yg dia tak berkenan je kang dia cakap 'takmo'
siap geleng kepala and tepis2 dgn tangan okehhhh...
boleh pilih kasut/sliper mana dia nk pakai,or mmg taknk pakai langsung sbb nk suh dukung dia.
dh pandai pilih snack apa dia nk, biskut mana dia nk.. kena ikut cakap dia je..
Makan nasi kalau share ngn dia mesti tak cukup, boleh tahan byk jugak dia makan nasi, so sekarang kalau beli nasi bungkus kena beli 3 bungkus ye.
hahahahaha

Mengira pandai... one two.. five six... itu je..hahahha
basicly dia faham apa yg kitorg cakap, dh boleh disuruh.
dah pandai kick ball dgn kuat, and plus ada gaya okaehhh..
nnti bebila dapat capture gaya seorg pemain bolasepak tu akan ditepek disini.
dia suka berkawan, tambah2 dgn budak2 yg lagi besar dgn dia.
pantang org sua tangan nk dukung dia kemain dia..
kalau org nk bwk lari mmg cukup senang!

Dah lama tak bawak dia pegi swimming, so abah kene upah dia mandi dalam bilik air lama2 sikit..baru puas and tak mengamuk kalau bawak keluar bilik air.
Mama suka bwk dia main kat luar.
Tak kisah la kat playground ke, mall ke..suka tgk dia lepas bebas berjalan suka hati dia.
Sekarang dh pandai panjat kerusi kat meja makan and panjat masuk highchair dia dgn sendiri. Mama and abah mmg kena extra carefull.

Tiap kali balik dari school mesti nk singgah kedai runcit kat bawah rumah tu,
uncle mamak tu pulak mmg akan bagi gula2 la bagai..
suka suki je masuk kedai tu, amik apa dia nk amik... letak kat kaunter..
sabor je laaa..

Dia suka ajuk apa yg kitorg buat,
aku batuk dia akan buat2 batuk..
aku nk selesakan tekak buat 'ehem2' dia buat jugak..
aku selalu cakap 'sakit dowh' dia repeat apa aku cakap..
tapi dia buat dgn comel sekali...hahahhaha
and..he knows how to impress us, what can makes us laugh. so..dia akan repeat benda yg sama hanya utk tgk makpaknye ketawa terbahak2.






Irfan irfan....
rindunya!

2 comments:

Cari cari