Click Click

Friday, July 27, 2012

Kufr al 'asheer

Dugaan 'kufr al'asheer'.

Quotes below taken from a book i'm reading now, dari buku tu, katanya

Tatkala suami berasa bahawa dirinya sudah melakukan yg terbaik, jgn sesekali usahanya dihentikan setakat ini. Usaha itu harus berterusan, bukan sahaja untuk melangsaikan tanggungjawab yg terpikul di bahu sendiri, malah utk berdepan dengan dugaan kufr al'asheer, yang disyariatkan oleh Nabi s.a.w di dalam sahih al bukhari, hadis ke 29:

"Diperlihatkan kepadaku neraka, sesungguhnya kebanyakkn penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri". Lalu baginda s.a.w ditanya: "apakah mereka itu mengkufuri allah?" Rasulullah s.a.w menjawab."Mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat2 berumahtangga), dan mereka mengkufuri ihsan. Tatkala kamu melakukan yang terbaik kepada seseorg daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): 'aku tidak nampak satu pun kebaikan padamu!'"

Biar sebaik mana pun usaha suami, ada pula kecenderungan isteri utk menafikannya. Ia disebut sebagai Kufr al 'asheer!

T__T

Protect us from it Ya allah..

Berasa cukup.
Kena.Wajib.Mesti ajar diri berasa cukup.
Bersyukur sekurang2nya punya suami tempat bergantung and menumpang kasih.
Bersyukur punya suami yg sanggup tolong basuh baju and sidai baju =)
Basuhkan pinggan mangkuk kotor dalam sinki tu..=)
Berterima kasih lah pada dia.
Taatlah pada dia.

Tadi, masa borak dengan one of my senior friends kat ofis, dia pesan.. kita ni org ppuan jgn suka nagging sgt! hahahaha
Kalau bertekak ngn suami tu, bila tgk dia dh naik suara or dh tukar hijau nk jadi hulk jgn la nk melawan sgt, kena ingat kudrat lelaki jauh lagi kuat dari kita.Or kalau suami stress balik keje penat2, mata dia dh bersinar2 sebab dgr anak2 bising. Lebih baik pegi tempat lain daripada sibuk2 berleter benda2 remeh, bawak anak2 ke bilik lain (contohla..) suh anak2 jgn bising2. hahaha..comelkan nasihat ni..

Yes, kita ni manusia yg byk kelemahan, iman kita kdg2 level yg paling bawah.
Suami pun macam tu jugak. Dia juga manusia yg punya nafsu marah.
Jadi kita sama2 beringat ingat, sama sama bertolak ansur.


May allah make it easy for us all and grant us all happy and blessed marriages full of tranquillity, love, mercy and understanding. Aamiin Ya Allah.



Monday, July 23, 2012

Strong Lady

Draft ni terlalu lama......
Saat entry ni terpublish, ianya dh berusia 36 hari.
huhu.. today 28/8/2012

The strong lady yg aku maksudkn ialah opah. ibu kepada ibu.
I called her opah tua, ntah..aku pun tak pasti kenapa aku panggil opah tua.

Dia dijemput ilahi pagi 23/7/2012, disisi anak cucu.
3 Ramadhan 1433, 12+ pagi.
Hari isnin, seperti yg dia impikan.
Kalimah allah mengiringi pemergian dia.

Aku kira, aku tak punya byk memori dgn opah.
Cuma, aku tau opah sayangkan aku macam dia sayangkan cucu2nya yg lain.
Aku je yg selalu anggap rindu dan sayang opah pada aku biasa2 aje..
Aku je yg selalu bersangka ' ye ke opah rindu aku, nk jumpa aku?'
emmmmm....

Selama ni aku tertanya tanya, mana dtgnya 'kekuatan' yg ada pada ibu.
'kesabaran' yg ada pada ibu.. 'ketabahan' yg ada pada ibu...
Rupanya dia mewarisi 'kekuatan', 'kesabaran' dan 'ketabahan' opah.

Sekarang opah dah tak ada.
Tak terbayang aku perasaan rindu ibu pada opah.
Perasaan makkenik, yg menjaga opah selama bpuluh tahun.
Perasaan anak2 opah yg lain.

Aku rasa opah dpt rasa kebahagiaan yg anak2 cucu dia berikan hingga ke saat2 akhir hayat dia.
Yang punya wang ringgit, opah dibahagiakan dengan material. Apa juga yg opah teringin, boleh kata semua dapat. Opah dh tak susah macam dulu2.
Yang tak punya wang ringgit, bahagiakan opah dengan kasih sayang, masa dan perhatian. Opah takkan rasa sedih macam dulu2.

Allah gantikan derita jd bahagia. Janji Allah utk org yg sabar dengan ujianNya. Ya Allah, kurniakan aku dgn kekuatan, kesabaran Dan ketabahan seperti mereka. Tempatkan opah bersama mereka yg engkau redhai.

Sunday, July 15, 2012

Irfan Ahmad

Lama tak update pasal anak bujang mama ni.

Masih handsome and comel di mata mama! hahahha
Ligat and lasak (its okay.. boy lah katakan)
Masih belum bercakap, but progressing well.

Dah pandai pilih apa yg dia nk and taknk.
sua benda yg dia tak berkenan je kang dia cakap 'takmo'
siap geleng kepala and tepis2 dgn tangan okehhhh...
boleh pilih kasut/sliper mana dia nk pakai,or mmg taknk pakai langsung sbb nk suh dukung dia.
dh pandai pilih snack apa dia nk, biskut mana dia nk.. kena ikut cakap dia je..
Makan nasi kalau share ngn dia mesti tak cukup, boleh tahan byk jugak dia makan nasi, so sekarang kalau beli nasi bungkus kena beli 3 bungkus ye.
hahahahaha

Mengira pandai... one two.. five six... itu je..hahahha
basicly dia faham apa yg kitorg cakap, dh boleh disuruh.
dah pandai kick ball dgn kuat, and plus ada gaya okaehhh..
nnti bebila dapat capture gaya seorg pemain bolasepak tu akan ditepek disini.
dia suka berkawan, tambah2 dgn budak2 yg lagi besar dgn dia.
pantang org sua tangan nk dukung dia kemain dia..
kalau org nk bwk lari mmg cukup senang!

Dah lama tak bawak dia pegi swimming, so abah kene upah dia mandi dalam bilik air lama2 sikit..baru puas and tak mengamuk kalau bawak keluar bilik air.
Mama suka bwk dia main kat luar.
Tak kisah la kat playground ke, mall ke..suka tgk dia lepas bebas berjalan suka hati dia.
Sekarang dh pandai panjat kerusi kat meja makan and panjat masuk highchair dia dgn sendiri. Mama and abah mmg kena extra carefull.

Tiap kali balik dari school mesti nk singgah kedai runcit kat bawah rumah tu,
uncle mamak tu pulak mmg akan bagi gula2 la bagai..
suka suki je masuk kedai tu, amik apa dia nk amik... letak kat kaunter..
sabor je laaa..

Dia suka ajuk apa yg kitorg buat,
aku batuk dia akan buat2 batuk..
aku nk selesakan tekak buat 'ehem2' dia buat jugak..
aku selalu cakap 'sakit dowh' dia repeat apa aku cakap..
tapi dia buat dgn comel sekali...hahahhaha
and..he knows how to impress us, what can makes us laugh. so..dia akan repeat benda yg sama hanya utk tgk makpaknye ketawa terbahak2.






Irfan irfan....
rindunya!

Saturday, July 14, 2012

Karnival Minggu Penyusuan Susu Ibu


I'm proud to be there.
Bangga.
Alhamdulillah.
Ada usaha yg gigih utk memartabatkan Penyusuan Susu Ibu.


Pelancaran Titisan Emas
Terdetik jugak kat hati, (masa tgk ada ibu yg dapat anugerah sbb berjaya menyusukan anaknya) punyala kita ni nk galakkan ibu2 ni menyusukan zuriat sendiri, siap bagi anugerah lagi!

I'm not going to talk about hak2 anak,ayat2 allah yg menyeru ibu2 supaya menyusukan anak2,benefits and all.. itu semua org tau (or kalau tak tau pun boleh google and boleh dapat info2 ni)
cuma..nk share rasa seronok dikelilingi ibu2 hebat ini.
I'm sure, diorg pun bekerja macam aku.
Ada rumah yg perlu dikemas (takleh tgk rumah bersepah)
Ada suami yg perlu ditaati.
It makes me feel..okay..
ye..i feel okay.
Rasa macam, bukan aku sorg je yg perlu hadapi kehidupan sebagai ibu (yg havoc) and perlu berkerja, but still mahu bagi yg paling baik utk anak tersayang.
Ramai. Harap Ilmu yg dikongsi dimanfaat sebaiknya.
Abah dia kerja, so dia teman mama dia. (Gambar kabur sebab dia yg snap sendiri..so quality masih boleh diterima)
one of the forum's panel, Serina Chef Wan
Kakak2 Nurse yg rajin melayan Irfan, umpan dgn jam je!

dan...akhirnya...tidur lena dlm auditorium yg sejuk tu.

To BF and menjayakan BF sehingga anak umur 2 thn ke 2thn setengah ni bukan mudah sebenarnya, tapi tak la susah sgt sampai kita tak mampu buat.
Semua ibu mampu menyusukan anak2 sendiri. Kecil sgt percentage yg betul2 mempunyai masalah dengan penyusuan yg menyebabkan kegagalan.
But at least galilah ilmu,cuba, doa, tawakal lah..

Dalam dunia hari ni, all BF mom are promoter to BF.
Macam kempen suh bli shaklee ke, SD II ke, bio Ever ke.. macam tu la kempennya.
Tahniah and thousand thanks to those yg byk berjasa memperjuangkan BF ni.
Rasanya, BF dh tak asing sgt macam few years back.
Ramai ibu2 muda yg semangat utk BF zuriat masing2 bila usaha2 mempromosi kebaikan2 susu ibu ni tersebar luas.

Even i'm not a PC apatah lagi LC,
Tapi sbg seorg ibu yg dah melalui moment2 manis ni,aku cuba utk smpaikan sebnyk mungkin ilmu yg aku ada. (tinggal pilihan je..nk buat ke tak nk)

Eh....baru perasan aku tak amik gambar pun ngn Hana masa kat karnival tadi!
Yelaaa..aku kan sibuk mengejar anak teruna aku yg excited tgk ramai kawan...hihihi
Hana ni one of my friend masa kat matrik dulu, bestfriend okay..(aku pernah ikut dia balik kampung taiping dia... bwk moto bapak dia sampai accident langgar tiang letrik!)
Now Hana tgh sarat pregnant her 1st baby, so aku saja ajak dia join karnival ni. So that dia dapat kutip ilmu penyusuan kat sini.

Kenapa tah, rasa beremosi pulak menulis pasal ni.. ermmm
Hormon kot...hahahhahaha

Friday, July 13, 2012

Say no to B.Milk?

I'm not sure what i'm supposed to feel right now, happy ke sedih ke...
Jemil already confiused with me..
Bini dia senget sikit.

Rasa baru last week kot, i'm writing here.. asking LC kat fb pasal susu sikit la bagai,
sekali.. last week, on monday evening masa nk amik Irfan from school, makteh cakap Irfan minum sikit/tak mau minum susu mama dah... hah?????
Should i sedih or what??
But.. i told makteh 'oyeke..then lega sikit tak yah pikir nk kene pam susu byk2'

But... but lagi..masuk je kereta my brain start processing balik kata2 makteh..
and..i'm start asking Jemil silly questions.. 'Nape eh Irfan taknk minum susu mama?' ( i already know the answer actually .. Irfan dah nk dekat 2 tahun, dia byk makan macam2..susu bukan makanan utama dia..)
and summore queastion like.. 'abg, pelik tak irfan takmau/minum sikit susu mama?' (i think.. the answer is the same like the first one)
And selang seminit.. 'ala sedih la irfan dh taknk susu mama' ayat keluar lagi.
Kat rumah masa tgh DF Irfan..' ni elok je Irfan minum susu, tapi nape kat school dia tak mau minum eh?'

Agak2 if you are in Jemil's shoes.. rasa geram tak?
HAhaahha.. sbb my darling husband tu dh tahap tak tahan nk dgr my mengomel about susu anymore...hihihihi

Apa yg aku nk sebenarnya ni?
Susu sikit bising..
Irfan tak byk minum susu..susu ada lebih.. bising jugak...
Hahahahha.. pening la..

Apa apa pun, aku tau apa yg allah rancangkan ni lebih baik dari perancangan aku.
Irfan sedang membesar, aku kena belajar utk terima proses2 pembesaran dia.
huhuhu

Should i say that allah aswered my prayer?
Yelah.. sebelum ni aku kan asyik susah hati susu sikit.
Nak puasa ganti pun susah sbb takut production makin low and tak dapat nk bekalkan Irfan susu hari2.
Allah sayang aku la tu.
Allah nk mudahkan proses penyusuan ni tanpa membebankan aku.(kan hari2 doa supaya allah permudahkan urusan harian??)

Okay, take it positive and move on Intan!
See.. everything went smooth je kan??
Irfan still DF kat rumah, you can still enjoy cudling him...
Masih direzekikan dgn susu utk bekalkan kat Irfan at school.
If dia makan and minum dgn sihat, thats already seribu nikmat dah...

My heart and soul!

Wednesday, July 11, 2012

Irfan's school

Maknye Irfan excited cari sekolah utk Irfan,
Tapi semua reject sbb if masuk January 2013 ni punya intake Irfan baru 2 yrs and 2 months hahahha not even 2.5 years pun.. Tadika start at 3 yrs old da...

Apa punya excited la mak si Irfan ni.
Ni abah Irfan tak tau lagi ni..
kalu tau mesti di'poyo'kan mak si Irfan ni...
hahahhaha..

Sape taknk anak pandai babe??
huhu

Wednesday, July 4, 2012

BF.I.P

Breastfeeding in progress.
Haha

This coming 21st July Irfan genap 20bulan = 1 tahun 8 bulan.

Since Irfan dh setahun lebih and dh makan macam2, dh kurang sikit la stress kalau production tak byk (iyeke????)
Cuba la, positifkan diri. Cakap dgn diri sendiri yang semua benda ni normal.
Its normal susu dh kurang, it is weaning process org kata.
Susu bukan segala galanya dh.
Have to move on.
Irfan kan makan macam2 dh, dia akan dapat macam2 khasiat dari makanan dia seharian. Not to worry mommy!

Jenuhku mengumpul semangat. Yes, i need semangat.





Kalau nk cari semangat jugak, boleh baca kisah2 penyusuan zah.

BF mom should seek assistance from a Lactation Counselor or at least other BF mom. Kalau tak anda takkan dapat semangat yg betul. hihi

Macam hari ni, bila semangat hilang sekejap cari semangat balik..

Soalan aku sama je macam aku tanya kat zah tu,
a simple kata2 semangat macam ni pun dh buat aku lega:

"syabas intan atas usaha utk memberi yg terbaik pada si manja, pada hemat saya, cara intan tu dah cantik dah. anak pun dah hampir 2 tahun."

Pasal grown up milk or fresh milk: kata hanidah.

"kalau tanyakan saya, saya lebih suka suggest anak2 yg lebih dari 6 bulan - perkenalkan dgn makanan pelengkap. keperluan dia adalah sama seperti org dewasa. bermakna dia perlu mkn ikut piramid makanan. jadi, dlm piramid tu mengatakan susu hanya perlu 2 gelas sehari - jadi follow tu je la"

"tentang susu apa yg patut diberi - cuba la beri fresh milk. sbb pemprosessannya tak seteruk susu tepung. apa apa pun berbalik pada anak itu sendiri. adakah dia boleh terima freshmilk tu :D"


Ini opinion mereka, ye mereka mmg hebat dalam bidang ni.

Yg membuat keputusan adalah diri sendiri.

Anyway, thanks a lot.. it helps me a lot..

Yg penting aku tak stress, tak putus asa.
And yg paling penting kene doa byk2 Intan.
Above all kene mintak 'semangat' dari Allah.
Dialah sebaik2 tempat utk mengadu.

Sebelum ni, hari2 gigih siapkan food for Irfan. But start last week, secara rasminya telah menyerahkan tugas tu 100% pada babysitter Irfan. Dia pun dh janji akan bg yg terbaik sama mcm what i've given before. Maybe dia ingat sebelum ni aku tak percaya kat diorg kot..hahaha

Since Irfan takde allergy and tak memilih sgt makan, agaknya lebih senang kot diorg bagi makan benda yg sama utk semua kids kat situ.
Emm tahla. Saya tawakal pada allah, lindungi lah sikecik saya tu dari benda2 tak elok.

Menjadi seorang mama kepada Irfan buat saya jadi ibu..hahaha paham ke?
Mak mak yg lain macam ni ke?

Tuesday, July 3, 2012

TakDePerasaan

Kenapa agaknya aku xde perasaan? Ooo.. Sebab perasaan tu dh hilang sejak lama dulu.

Cari cari