Click Click

Wednesday, December 7, 2011

Puasa and Susu

Aku ni cam takut2 nak puasa sbb dlm kepala ni duk pikir kalau puasa tak mkn and tak minum..nnti pam susu dapat sikit.

Ramadhan 2011 is my 1st Ramadhan as a mom and yeah..boobfeeds mom.
Seminggu jugak la badan ni nk menyesuaikan diri.
Bukan apa pun, actually sebelum ramadhan tiba pun production susu menurun. Bila dalam hati pun berkata kata, maka makin tak keruan la si mak ni... tiap kali pam dapat sikit rasa nk meraung je.

Tapi lepas jugak akhirnya, puasa tinggal 9 hari because of haid.
Kira, walaupun duk susah hati takut susu sikit last2 okay je.

Semalam kan 10 Muharam, so cuba la puasa. Alhamdulillah hasil susu sama je macam hari2 lain. Tapi..kena kerap pam la. Pam kul 12 tu dapat sikit so kul 2 pam lagi. Pam lagi kul 4 then pam lagi kul 6.30. Kat rumah lepas bbuka pam lagi. Maka cukuplah bekalan utk anakanda.(ehh..bukan anak anda tau..anak saya..hihihihi wat lawak)

9 Muharam haritu boleh terlupa nk puasa, pagi lagi dh santap nasi lemak ayam bermpah. hihihi
So hari ni puasa lagi. Sbb kalau puasa on 10 Muharam tapi tak puasa 9 Muharam so kene la puasa hari ni.. Harap2nya sampailah puasa aku sampai bbuka nnti. (Sbb saat ni dah rasa lapar dan dahaga sangat2)

Notes:Puasa pada hari 9 Muharam dipanggil puasa hari Tasu'a.
Katanya utk membezakan kita(muslim) dengan kaum yahudi. Sbb kaum yahudi juga berpuasa pada 10 Muharam.

Tetapi fadhilat yg org ramai duk gembar gembur ni “Barangsiapa berpuasa pada 9-10 Muharram itu seolah-olah dia telah melakukan ibadah selama 2 tahun, dan siapapun yang mengingatkan orang lain hal ini seolah-olah dia telah melakukan ibadah selama 80 tahun” adalah tidak betul ye. Ustaz kata, tak ada dalil langsung pasal fadhilat2 ni. Even dlm list hadis2 palsu pun ustaz cakap tak ada. Maka dengan itu, berpuasa lah kerana allah dan sunnah rasulullah. Apa jugak ganjaran yg allah bakal beri itu pun hak allah..bukan kita yg menetapkanya - Wallahu'alam

Bila teringat rasa dahaga or lapar, cepat2 bayangkan ibu2 yg kat negara2 miskin nun...
Insaf.....

2 comments:

  1. i know exactly how you feel, i went through Ramadhan as a breastfeeding mom as well and it was tough! Alhamdulillah I managed to pull through :)
    www.liyanaznil.com

    ReplyDelete
  2. Betul. It was so tough. Only allah knows how hard it was. Moga allah terus beri kita kekuatan.
    Thanks for dropping by.

    ReplyDelete

Cari cari