Click Click

Tuesday, November 22, 2011

BolaBola and Us

Macam Barney and Friends pulak. hihi

Tengah bersemangat pasal bola ni, mau tak semangat. Malaysia menang vs Indon kot.
Final Babe. Kalau peringkat kumpulan pun dh dupdapdupdap..inikan pulak final.

I have my own Irfan and Fakhri in da houz!
Tapi Fakhri saya tak mengecewakan saya seperti Fakri yg di tv.
Dan Irfan dlm kaca tv tu tak cebik dan mahu menanges macam Irfan saya kala ibu dan bapaknya menjerit gol dengan volume tahap maksima!


Ehhh.. ni bukan team yg menang semalam ni..hihi
Ni team yg kalah last week..kehkehkeh

My father was football-player-but-not-pro-footballer (masa dia muda2 dulu kot) so, mmg sgt2 gila bola. Since dia takde anak lelaki, and anak sulung dia boleh-lah dibawak tgk bola bersama so mmg dilantik secara alami la jadi peneman ayah tgk bola.
Bukan setakat tgk kt rumah je kat stadium pun ayah bawak.
ohohoho...teringat Liew Kit Kong!

Kalau tgh bnyak duit duk kat grand stand, kalau tak duk je kat tempat ramai2 tu (lagi best).

Bila masuk matrik and uni, tgk bola sorg2 kt bilik tv. Nk ke mamak ngn kawan2 laki tu mmg tak la.. rasanya ada la kot sekali dua pegi. Tapi yg lebihnya tengok bersama2 secara jauh. Aku tgk kt tv aku, ko tgk tv kat umah ko tapi kita sms sms dari awal sampai habis game menjadi pengulas tak bertauliah..hihi rindu memori itu. Rasanya dh lama sgt tak tgk Perak main.

Sebelum kahwin, rasanya sekali je boifren bawak g tgk bola kat stadium. Itupun masa Man U datang. Selepas kahwin,masa preggykan Irfan ada jgk pegi tgk Kedah lwn N. Sembilan kat stadium. Sedih sungguh... Kedah kalah penalti. Tapi mmg rasa berbaloi kalau g stadium n tgk diorg main sampai ke titisan peluh terakhir ni. berbaloi duit tiket RM20

World Cup 2010, Irfan dalam perut lagi. mama and abah siap ada simpan jadual game, and tiap kali abes game siap tanda sape menang sape kalah (awal2 je la...pastu..ke laut....) Seronok tau tgk bola dgn si suami ni...sbb dia emosi...hahahahha

Masa Piala Suzuki 2010, Irfan baru lahir(obviously lah mama masih dlm pantang), abah tgk bola dengan kawan di stadium..seronok dia jadi bujang sekejap.

Tgk bola ni kalau ramai2 tgk sama2 memang best. Semangat.

Dah byk siri perlawanan bola yg kami tonton bersama, kalau menang seronok..kalau kalah takpe..kami tanggung sama2! (kes Man u kalah 6-1 dgn City)

Situasi2 ini berlaku di rumah saya setiap kali menonton bola: Mesti berdiri tegak bila lagu kebangsaan berkumandang. Penonton (yg si suaminya) dengan semangatnya menyanyikan lagu kebangsaan. kibaran bendera malaysia. (Seb baik kat rumah tu takde bendera kedah!) Mula2 kawen dulu saya pelik jugak.....tp dah lama2 paham la..suami saya ni patriotik orgnya. Sbb tu kitorg pakai SAGA! hihihi

Malam tadi kami menonton bertiga, bila si abah tiba2 terkuat sikit suara, si kecik yg tengah main terkejut..ingat abah dia marahkan dia..hihi
Bila kita yeay dia pun yeay sama...

Saya sedih, sebak bila lagu kebangsaan kita tak dihormati oleh mereka yg tak bertamadun itu. Sedih!

Tapi..bila dh menang and semasa team Malaysia tgh berdiri atas podium and menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh semangat (termasuk si suami yg kat rumah) terus rasa bersemangat. And utk kesekian kalinya, YEAAAAYYYYY!

Dan yeay itu berterusan sampai ke tengahari ini, masih bercerita pasal bola malam tadi.

I'm proud to be malaysian! Bangga!

Mari senyum sampai telinga...and tertutup mata!



No comments:

Post a Comment

Cari cari