Click Click

Saturday, August 13, 2011

Review: All in 2 cloth diaper (AI2 CD)

Ini Irfan Ahmad yg punya....

Dah lama dh duk berkira2 nk pakaikan irfan dengan CD.
tapi tula..duk pikir2... dh 8 bulan dah pak haji tu.

Beli package 3 dengan harga RM 229 masa ke Parenthood expo 30/7/2011 haritu.
Ada 3 set AI2 CD plus 3 insert.
Kalau tak silap saya, harga 1 AI2 CD ni RM59.9 beserta satu insert.
Insert sahaja harganya RM29.9. So saya jimat RM40.40.

Ini shell
Ini insert : jenis bamboo 3 layer.
Insert tu 3 layer (tebal) and ada lapisan yg dipanggil PUL oleh LUNATOTS
yang mampu menampung kebasahan, and membanteras shell dari basah (boleh pakai shell berulang kali - cuma perlu tukarkan insert sahaja)



                   

CD yg irfan pakai ni tak sebulky yg disangka.

Setakat ni baru pakai 4-5-6 kali je, pakai time malam and during weekend je.

Shell CD ni boleh menampung kebasahan si irfan ni lebih dari  4 jam. Mmg tak bocor. Tapi dh terjadi 2-3 dah, bilamana mak si irfan (saya la tu) pakaikan CD ni kul 9 mlm camtu then tertidur sampai pagi, mmg bocor la...tapi bocornya bukan bocor yg meleleh2 tu, cuma bila tuan haji irfan tu merengek2 di subuh hari and pegang suar dia cam lembab2 sudah.
Moral of the story : Anda perlu rajin bangun malam tukar diaper anak utk melayakkan diri menjadi ibu mithalli.

Lagi satu, bila dia poo dlm tu, mmg agak mencabar sikit la tugas membasuh CD ni, cara caranya :

1. Mula2 buang poo dlm toilet bowl.
2. Pancutkan air guna paip kat insert yg dirty tu sampai kurang sikit yellowish bekas poo tu.
3. Rendam dlm baldi yg berisi air+sabun basuh selama 10 minit
4. Layan cerita geng mengaji kt astro oasis
5. Selepas sejam, gonyoh2 insert tu (takyah berus pun). Insert akan kembali putih bersih.(bukan 10 minit eh??)
6. Perah or keringkan guna washing machine.
7. Sidai.

Sebenarnya ada jual liner yg pakai buang or reuseable utk memudahkn kite bersihkan poo on the CD ni. Tapi den tak bli.

Kenapa nk berCD ye?
Sbb nk kurangkan effect bahan2 kimia kat montot pak haji irfan tu. Kami ni dilahirkan dalam keluarga yg mempunyai sensitive skin. Tak semena2 kang naik rashes la, mengelupaslah..gatal2 montot lah.

For me, CD yg berkualiti mmg mahal sikit harganya, but worth for your money la.
Takpe, ada rezeki kita tambah lagi.

Pakaikn CD di nursery?
Belum penah try lagi..ntah la..cm malas je nk mengharap kt babysitter tu.
Nnti2 lah kot.

Hihihi
Hahahaha..
Mama tepek gambar peha irfan sebab mama takut nnti bila irfan dh kurus mama rindu nk tgk peha drumstik tu...hihi

2 comments:

  1. salam akak saye nak tanye, insert tu boleh put directly on baby skin ke?ke kene lapik something else>sebab ive read somewhere die kate insert tu boleh keringkan kulit baby if apply directly..usually die kene insert insert tu kat pocket but my husband belikan yg ni so im a bit confused..thanks in advance..=)

    ReplyDelete
  2. sorry darling, lambat reply.
    yg jenis ni mmg boleh directly buh atas tu.
    safe for baby's skin
    if nkletak liner pun boleh je, for me letak liner tu utk sng nk buang poo baby if dia poo dlm tu, but still you have to wash insertnya jugak.
    for normal use akak butangkan satu insert tu and terus bagi baby pakai. kalau dia pee dlm tu but tak kene kat shell dia,you can just tukar insert je. pakai the same shell balik.
    so far akak buat cmtu je.
    hope this helps!

    ReplyDelete

Cari cari