Click Click

Friday, August 26, 2011

Milestone: Irfan Ahmad

Lambat update lah mama ni.
Irfan dh nak masuk 10 bulan dah.
Kira ni compilation of milestone lah ye.

Hihihi.
Semenjak ada anak ni, kalau boleh setiap perubahan dia nk update kat org.
Sihat demam si kecik tu jadi benda paling penting sekarang.

Apa jugak achievement irfan walaupun kecik mama rasa nak heboh sekampung.

Awal ogos aritu mama perasan yg irfan lebih suka berdiri dari duduk. Dalam playpen selalu mesti berdiri tgk tv. Kalau mengantuk je irfan akan tgk tv sambil baring.


berdiri tgk tv

suka berdiri kat sofa

xleh duk diam seminit..hihi
Anak mama ni merangkaknya belum, duk merayap cam askar. Tolong mop umah ye tak..hihi

Irfan dah nak masuk 9 bulan, baru mama perasan irfan pandai pegang botol susu sendiri. Ye lah, kat rumah kan irfan direct feed je. Ada sesekali je bila irfan tgh start balik menggila menggigit (teething) mama pump buh dlm botol. Irfan gigit sakit tau.


Gigit lagi...kan dh takleh nenen. hahahaha
Ada satu hari, masa sebelum puasa rasanya, kt rumah ipoh.. irfan tgh sedap gigit jari2 mama, opah tanya "irfan buat apa tu" mama jawabkan gigit.. sekali irfan repeat ayat mama "geget" hahahha..
Nak bercakap ke anak bujang mama ni. Selalu irfan akan merapu dadidudadidu je, tapi kdg2 ada yg cam irfan repeat 'dont do that' as 'dondudat'. Mula2 mama ingat perasaan mama je, rupanya ramai yg perasan irfan suka mengajuk apa yg org sebut.

*Mama tak banyak masa dengan irfan, awal pagi kita dh kuar rumah.. maghrib baru balik. main2 sekejap dh letih.. lagipun memikirkan the next day nk kena bgn awal. Sian irfan..irfan selalu terjaga tgh2 malam and main sorg2.
Kalau dikira2 berapa jam je masa kita bsama...mode:sedihhh...


No comments:

Post a Comment

Cari cari