Click Click

Monday, August 22, 2011

Mak mak

Kami sudah jadi mak mak.
Aku dh ada Irfan.
Nurul ada Thaqief and baby junior yg akan lahir November ni.
Muzza ada Hanania.
Baby dah ada Arif.

Me, Nurul and Baby

Nurul, Muzza and me


Rasanya baru je lagi main kejar2 dekat dewan besar sekolah sementara nak  menunggu perhimpunan.
Dulu, tak pernah pikr apa pun..yg penting pegi skolah jumpa kawan2 main.
Itu cerita darjah 1 sampai darjah 3.
Sekolah petang. Hingusan lagi. Pakai skirt pendek.
Hihihi

Masuk darjah 4.
Masih lagi main main.
Darjah 5, sibuk menari. BSB lah, KRU lah.. paling tak tahan menari lagu ELITE masa hari kanak2.
Bergaduh and berbaik semula tu perkara biasa.
Darjah 6.
UPSR??
Baru nk pulun belajar. Maaaacammm la sempat.
Seb baik dapat 3A 2B.

Sekolah menengah.
Macam dh insaf sikit.
Nakal sikit2 tapi dah mula fikir baik buruk kelakuan.

Pengalaman mengajar kita.
Menjadi lebih baik.
Segala kekurangan menjadi iktibar.

** ada kekurangan seorg dalam gambar di atas, Shahidawati. Dh bertahun tak jumpa.

No comments:

Post a Comment

Cari cari