Click Click

Thursday, June 23, 2011

Bilamana Hunny Bunny Mama Demam

OOoh..bilamana tu macam dikala eh?
Tula dulu masa amik kursus bahasa melayu malas.

Sepanjang kehidupan Tuan haji Irfan Ahmad selama 6 bulan yg lepas dia tak pernah demam. Maksudnya suhu badan dia sentiasa normal. Tanggal 18 June 2011,lebih kurang pukul 6.30 ptg, suhu badannnya meningkat tiba2. Letakkan dia atas riba pun boleh rasa haba panas pada peha.

hahahaha.Serius sungguh ayat diatas.

Yes. Irfan demam for the 1st time. Milestone jugak ni.
Mama and abah gigih bawak irfan pegi klinik pteang tu jugak. At the same time abah pun nk g klinik utk check mata dia yg mmg kene conjunctivitis.
Doctor masukkan ubat bontot kat irfan sbb masa doctor check temperature dia dh 38 degree celcius masa tu.
Balik umah dlm lepas magrib tu panas dia dh kurang. Dah active cam biasa.

The next day, Irfan dh okay. Jemil pulakkkkkkkk demam. Siap gigil2 lagi.
So isnin and selasa dia dapat MC.

Rabu, 22 Jun 2011
Irfan demam balik. Dalam kul 12 tghari ibu nursery irfan sms ckp irfan demam.
Mama instructed diorg bagi irfan ubat demam and lap2 badan irfan dulu (to bring down body temperature) sementara mama and abah nk balik bawak g klinik.
Around pukul 2 ptg, nursery call lagi cakap irfan muntah. Panik.
Nak balik dh la tak boleh sbb abah baru keje(selepas MC 2 hari), so boss-yang-tak-ada-hati-perut-tu dia tak bagi balik awal. Sedih kan? balik je kul 5 suku tu, terus pecut amik irfan at nursery and bawak g klinik. Kat klinik pun irfan muntah jugak. Doctor cakap dh dehydrated dh anak mama ni. Sian dia.
Balik rumah, bagi dia ubat muntah then lepas 15 minit bagi dia rehydration salt yg doctor prescribed tu then bagi dia nenen sampai dia tertido sampai pagi (mama pun tido sampai pagi). Masa tgh sedih2 kat opis (sbb takleh balik awal) tadi tu mmg dh decide nk cuti arini utk jaga irfan kat rumah.

Alhamdulillah. Since bangun pagi tadi (pagi ke lagi kalu kul 11??) dia dh tak demam. Eh...baru perasan semalam tak bagi pun dia mkn ubat demam.

Hunny Bunny Mama dh baik demam!
Menjaga si kecik ni di rumah mmg best. But i think i'm born as not as stay at home mom. Duduk berdua ngn pak haji yg active ni mmg havoc. Sempat kemas2 rumah sikit je.. tak sempat nk masak..terpaksa order Dominos pizza (alasan).

To be at home with this little guy is priceless. Bahagia.
Bila ada masa yg banyak utk belek2 si kecik ni baru perasan sesuatu...gigi atasnya dh nk keluar...besar pulak tu...patut la dia suka masukkan suma benda dlm mulut!

Okay. Sekian.

** baby tumbuh gigi mmg demam eh?


No comments:

Post a Comment

Cari cari